Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...
Ramai di kalangan kita ingin dipandang cantik, slim dan bergaya. Justeru itu, bila ada saja produk-produk yang boleh membantu kita mencapai hasrat tersebut, maka ramai yang akan memberi perhatian. Kita pernah dikejutkan dengan berbagai-bagai kesan sampingan yang timbul hasil dari penggunaan bahan-bahan beracun di dalam kosmetik seperti hidrokuinon. Malangnya, disebabkan kurang pengetahuan mengenai bahan-bahan tersebut, ramai di kalangan kita telah menjadi mangsa dan menimbulkan berbagai masalah yang tidak diingini.
Persoalannya, bagaimana kita nak tahu bahawa sesuatu produk yang akan kita gunakan itu betul-betul selamat dan tidak memberikan apa-apa kesan sampingan setelah kita menggunakannya? Bahkan ada masanya apa yang kita baca pada label juga tidak semestinya sama dengan apa yang sebenarnya terkandung di dalam produk tersebut. Kenapa ini semua berlaku? Antara jawapannya ialah mungkin juga sekiranya kita tahu kandungan sebenar didalamnya, kita sudah tentu tidak akan membeli produk tersebut. Bila tiada pengguna yang akan membelinya, maka akan berlaku pula kerugian yang besar kepada pihak pengeluar atau pengusaha. Tapi, sekiranya anda tidak tahu kandungan sebenarnya, anda hanya membaca pada label dan terus membelinya. Masalah selalunya akan timbul setelah anda menggunakan produk berkenaan secara berterusan. Apa yang penting kepada pengusaha ialah, anda telah membelinya.
Apa yang membezakan produk yang akan kami cadangkan kepada anda? Antaranya ialah...
Apa yang membezakan produk yang akan kami cadangkan kepada anda? Antaranya ialah...